Mohamad berkata, lawatan yang akan diadakan pada 4 Julai itu turut membawa bantuan logistik termasuk bantuan perubatan, khemah serta makanan.
Menurutnya, lawatan itu bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama kira-kira 60 orang petugas Malaysia yang sedang berkhidmat di kem pelarian tersebut.
“Kita akan bertolak pada awal pagi 4 Julai ini menggunakan pesawat tentera.
“Pesawat ini mempunyai kapasiti kargo yang luas dan boleh memuatkan banyak bantuan untuk disalurkan kepada pelarian di kem itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah Selangor di Stadium Shah Alam di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub; Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun.
Mohamad turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk diberikan kepada pelarian di kem itu sempena lawatan tersebut.
“Mereka yang berminat bolehlah terus menyalurkan sumbangan kepada Biro Kebajikan Amanah selewat-lewatnya pada 2 Julai ini.
“Bantuan berbentuk makanan seperti coklat, gula-gula, roti dan makanan lain amat dialu-alukan,” ujarnya.
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment