Elaun Sara Hidup nelayan tetap diteruskan

Friday, June 22, 2018

Elaun Sara Hidup nelayan tetap diteruskan


Sebaliknya, bantuan yang dihentikan sebagaimana dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah merujuk kepada insentif tunai secara 'one-off' yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini kepada nelayan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, pemansuhan insentif tunai secara one-off itu disahkan oleh Perdana Menteri hasil perbincangan antara kementeriannya dengan Pejabat Perdana Menteri.

"Perdana Menteri juga merujuk pemberian yang dibuat itu menggunakan wang daripada sumber yang meragukan.

"Kenyataan Perdana Menteri tidak membabitkan pemberian lain dan ini termasuk ESH nelayan yang termaktub sebagai program di bawah kementerian," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sebuah portal berita yang memetik laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Perdana Menteri berkata, kerajaan berhasrat memansuhkan bantuan bulanan kepada 57,000 nelayan.

ESH kepada nelayan yang berjumlah antara RM200 dan RM300 sudah bermula sejak Jun 2008 dengan bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup golongan nelayan. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment