Bersatu sambut baik kehadiran Noor Azmi
BAGAN SERAI - Pemegang watikah pelantikan Ketua Bersatu bahagian Bagan Serai, Abdul Malik Abdul Latiff yang turut hadir dalam sidang media itu menegaskan pihaknya mengalu-alukan penyertaan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam parti berkenaan.
Lebih daripada itu, Abdul Malik juga bersedia menyokong pencalonan Noor Azmi untuk dilantik sebagai Ketua Bersatu bahagian yang baharu menjelang pemilihan parti itu September depan.
Menurutnya, Bersatu amat memerlukan kepimpinan wakil rakyat berwibawa dan berkelayakan seperti Noor Azmi untuk mengemudi parti itu bagi menghadapi PRU15.
âBerdasarkan rekod perkhidmatan beliau, Noor Azmi terbukti cemerlang menjalankan tugas sebagai ahli parlimen berdasarkan kepetahan berdebat di pentas sidang Parlimen selain memberikan servis cemerlang menyantuni rakyat.
âKualiti kepimpinan ditonjolkan Noor Azmi saya fikir sukar diperolehi dalam dunia politik masa kini, lebih-lebih lagi beliau mampu menang PRU14 meskipun ditolak parti sendiri,â katanya.
Abdul Malik turut berharap kesudian Noor Azmi menyertai Bersatu bahagian Bagan Serai akan dapat mengukuhkan lagi struktur kepimpinan parti itu yang dilihat tidak utuh.
Menurutnya, tiada sebab Noor Azmi ditolak kepimpinan Bersatu memandangkan pemimpin itu terbukti mempunyai rekod bersih dan disukai rakyat Bagan Serai.
âSaya juga menyeru semua parti politik dalam Harapan bersikap terbuka dan berjiwa besar menerima kehadiran Noor Azmi dalam Bersatu dan pakatan itu kelak,â katanya
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment