Beri alasan sakit pinggang elak disebat
KOTA BHARU - âSaya mohon jasa baik Yang Arif supaya tidak disebat kerana saya sakit pinggang,â kata seorang penoreh getah di mahkamah sesyen tadi.
Alasan itu bagaimanapun gagal menyelamatkannya apabila bukan sahaja dikenakan 10 rotan, malah turut dihukum penjara selama 16 tahun oleh Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.
Lelaki berusia 48 tahun itu dijatuhi hukuman berkenaan selepas didapati bersalah merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun enam bulan di sebuah kampung di Kuala Krai pada jam 8.30 malam, 27 Mei lalu.
Sebelum kejadian itu, mangsa sedang menonton televisyen di ruang tamu didatangi tertuduh dari arah dapur dan terus merogolnya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment