2 lelaki samun bank RM17,500
sumber: utusan
Ketika kejadian pukul 3.56 petang itu, seorang daripada suspek yang bertopi keledar dan menutup muka meluru masuk ke dalam bank manakala seorang lagi rakannya yang menunggang motosikal menunggu di luar.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, sebaik sahaja memasuki bank, suspek mengeluarkan senjata yang dipercayai pistol dan mengacu ke arah kakitangan dan pelanggan.
“Suspek kemudian menghampiri sebuah kaunter dan mengeluarkan wang tunai sebanyak RM17,500 dari dalam laci serta memasukkannya ke dalam sebuah beg.
“Suspek kemudian keluar dari bank dan terus melarikan diri bersama rakannya menuju ke pusat bandar,” katanya. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment